Wednesday, June 25, 2008

Hari-hari kebelakangan

Mlm Jumaat (13/6) abe bertolak dr kg dgn bas stlh 3thn tak naik bas. Penat jgk dia kata. Siap mkn ubt mabuk. Blk dgn teksi. Aku tak jemput pun, tak berani nak tinggal adik tgh tdo + pg2 mamai sket. Lambat nak warm up. Bahaya kalau drive tu. Pg tu adik g tadika, aku htr then blk umah, abe lak yg htr aku ke ofis sbb nak guna kete kua setlle bil/urusan bank. Aku suh dia amik adik lps Jumaat. Siyan rindu dgn abah.

Mlm nak tdo sblh abah. Ummi takleh kacau. Tp tdo tak lena gak sbb mkn banyak & campur2 rasanya. Selalu mcm tu, mcm tak hadam. Kul 2lebih muntah ats tilam. Sib baik kua nasik berketul2 takde la susah menyental berbanding susu berlendir tu.

Sabtu
tu g amik buku rekod kat tadika. Alhamdulillah cikgu ckp perkembangan lebih baik berbanding dulu. Minat cenderung pd maths & creativity. Bab baca & color2 cepat jemu. Imaginative katanya. Result 90++, 100 tp aku takde la excited sgt sbb byk cikgu yg bantu for sure. Byk lg konsep yg dia tak brp paham. Aku nak kena ajar sama la tu. Belajar & assembly pg2 ikut mood gak. Tp lps cuti lama cikgu kata semangat baru. Rajin belajar & buat kerja sekolah…he..he..

Mula2 mcm biasa adik malu nak masuk sbb nampak cikgu, kwn2 & parents memasing. Dah masuk tu siap meniarap tepi abah la pulak. Lupa nak tanya cikgu dia dpt no. brp. Tgk jumlah markah, terus sign. Kalau tanya dia kejap no. 3, kjp no.4…he..he..ntah ye ntah tidak.

Lps tu g Tesco beli brg2 sket. Takdela beli lauk beria sbb lauk yg abe beli sblm blk kg pun ada lg. Bila abe takde lg tak brp rajin nak masak. Nak mkn pun tak lalu…huhuhu..hari2 mkn nasik pns dgn sambal ikan je. Rajin sket, goreng telur. Tu pun takut kena gastric lg, kalau tak, mau mkn yg ngarut2 je.

Mlm tu abe ke stesen bas, kwn dia yg htr. Aku takut adik nak ikut. Tu pun dah merengek2 nak ikut abah. Abah ckp nak g keje. Hadiah CD & jam power rangers lak. Sedih tgk adk lambai abah… Pantang dgr bunyi kete / pgr mesti g jenguk, tanya sape…

Agak mencabar nak mengharungi 5 hr tak jumpa abah. Ya! Sememangnya berperang dgn emosi ditambah dlm zon pms. Ada mlm yg aku nangis sampai bengkak mata. Adik tdo awl, jd makin sunyi. Tak dpt tdo. Tgk tv. Mmg rasa kekurangan & kehilangan. Video call, sms, ym penghubung bicara rindu. Kdg2 rasa amat down & rasa nak berenti keje & blk kampung terus. Tp lps nangis beria tu, esoknya rasa lpg sikit dada. Kat ofis pun semangat & fokus sket.

Layan adik lebih sikit dr biasa. Blk dr tadika ikut je kalau dia nak beli air, nasik lemak. Pastu mkn kat tmn sambil video call abah. Lps tu mesti merengek nak blk kampung tpt abah. Sampaikan beli nasik nak share dgn abah. Mcmn abah nak mkn katanya, "abah duk jauh…"huhuhu..Tdo mlm tekejut2, adk nak susu & tuka pampers. Kdg2 adk mcm gelisah dlm tdo. Thn ngantuk jelah, maklumla dah lama tak handle bab tu. Abah yg buat sblm ni.

Cabaran plg kuat bila adk bgn awl tp tanak pakai uniform. Lps pujuk2 tgk katun 2round, boleh la pakai bj. Tp bila sampai sekolah ckp nak blk kampung, tanak masuk, siap pgg kuat bj aku. Terpaksa mintak cikgu dia pgg. Cpt2 aku keluar. Dah lambat ke ofis. Meraung sakan dia. Lama2 kat situ aku takut aku lak yg nangis. Janji dgn dia nak ambik awl.

Terapi utk aku, beli something yg br, perfume, brooch, bedak etc. G UNIKEB gempar lak ATM CIMB kena rompak dinihari tu. Ms aku g tu, polis tgh kumpul bukti. Berjaya gak larikan duit. Katanya menyamar jd polis & pak guard kena ikat. Siap tutup cctv & alarm pun tak bunyi. Pencuri pro dah tu. Agaknya dah lama aim situ. Gerun lak kejadian mcm tu dkt2 area aku duduk ni. Mohon Allah lindung selalu dr mara bahaya..Amiin..

Off ½ jam ms balik,so amik adk awl sket dr biasa. Alhamdulillah nampak dia ceria dah ptg tu. Tp kat umah still sebut2 abah, nak balik rumah kg.

Abah dah siap beli robot, cd ultraman & katun lg. Pg Jumaat (20/6)tu abah sampai 6lebih. Bukak pagar & pintu sendiri sbb dah ada kunci. Aku mcm biasa lambat warming up sket pg2. Sdr awl sgt pastu tetdo balik.

Adik tak g tadika pg tu, seharian bersama abah. Rehat tu aku blk sbb abah nak g solat Jumaat.

Sabtu kua g Kajang & Tesco. Abah nak g sorang tp adk nak ikut. Pantang tak nampak abah musti tecari2. Nak mkn, mandi, main dgn abah. Pendek kata sume abah lah. Kasi can lah..he..he..Sepetang di taman dgn abah. Adik dah mula selsema, batuk. Aku pun sakit tekak dah jgk.

Mlm Ahad, kwn abah yg htr lg ke Hentian Kajang. Tak confident lg aku nak htr, takut adk nangis. Adk dpt power rangers & tipon transformer lak. Kat Tesco pun dah beli mainan. Byk sgt umpan mainan tu aku rasa. Nak kena tuka dgn educational games sket. Abah ada download games br kat pc. Katanya adk mmg cpt dpt. Dia jenih visual learner aku rasa. Tp risau gsk tak brp nak rajin nak baca buku. Kena creative sket nak tarik minat dia tu. Aku ada save aktiviti dr internet. Nak kena print & cari bhn ni. Ahad leh wat aktibiti sesame.
Mlm, adk tdo awl sbb siang tak tdo. Aku lyn cite2 kat tv & naip n3 ni sambil tangkap jiwang dgn lagu2 cintan gitew..Sempat tangkap leleh sket. Sedih lg sbb rasa kena tinggal gitu walaupun tau skjp je..

Ahad ptg ke klinik sbb rasa nak dmm. Dkt 2 jam br dpt jupe dr. Ramai pulak org kat klinik ptg2 Ahad tu.

Isnin keje mcm biasa. Pg2 lyn adik nak mandi, pakai bj meliuk lintuk. Saba je lah..

Selasa mc. Dmm melanda dek seharian kat ofis yg sejuk bangat tu. Tgh renovation ni, aircond telampau sejuk lak. Balik mlm tu menggigil2 dmm tgh2 mlm. Sib baik adik ok walaupun kena tonsil. Biasanya dia dmm pns tgh2 mlm. Duk bg cellfood, madu dlm susu dia. Hopefully tak jd dmm. Htr adk ke tadika mcm biasa sblm g klinik amik mc. Balik umah duk rehat2, nonton tv, rasa dmm tak kebah2. Takleh jd ni. Bgn kms2 bilik, kua peluh br ok sket. Ptg sambung nonton lg. Kalau sihat mau gak g window shopping kat Billion ke, Warta ke..he..he..
P/S:
Printer & speaker, brg br utk hilangkan sunyi kat umah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...