Wednesday, November 12, 2008

Hujung minggu, audit & checkup

Hjg minggu mcm biasa saje. Rasa malaas amat. Baring je keje nye. Ngantuuk sgt. Nak kms umah mmg mls sangat. Mmg ketaralah kemlsn aku bab masak & kms umah time pregnant kali ni. Agak2 bb boy ke ni?..he..he..time Hakimi dulu takdela mls bebenor. Asyik rasa nak tdo mkn je nih. Pg2 sabtu mmg tak msk breakfast dah skrg. Msk utk t'hr @ mlm je. Mcm biasa abe msk nsk & goreng telur utk dia g keje :) Sabtu lps msk gulai udg & sambal bilis. Kira merangkap utk lunch kalau abe blk awl. Nampaknya dia blk lewat so bwk ke dinner lah jd nya..heh..he..jimat tenaga mek masak.

Lps msk gulai udg tu mek surrender dulu. Letih yak yak kato oghe kelate. Kenalah baring dulu sblm sambung goreng sambal bilis. Fuuh..krg amat stamina aku nih. Tetambah kalu lambat mkn mmg lembek je rasa. Dah msk tu mkn dgn Hakimi sambil tgk cite korea Bodyguard. Berjaya aku mengugut dia..ekkeke..kalu tok wi tgk ummi tanak masok doh..ekeke..berebut tgk tb dgn anok plok. Yela asik tgk katun manjang..tak kasi can langsung ummi nak tgk cite lain. Cite tu besambung2..asl habih satu episode cpt je dia bgtau dah habis, jom tgk katun..tp ummi kecek2 lg sampai la habih episode utk hr tu dr kul 10lebih-1lebih. Ahad lak abe jumpa ex-bos part time dulu. Lepak lg aku dgn Hakimi berdua je. Tdo je lah keje aku.

Lps zohor abe ajk g tesco. Kena g belako sbb Hakimi suka sgt g tesco, tiap2 minggu pengunjung tetap la nih. Nak kumpul mainan je lah keje nya. Abah dah siap pesan beli yg murah2 je…he..he..Dptla menan yg educational sket ttg nombor & bentuk. Bila aku pilih dia angguk terus. Kalau dia tak suka biasanya takde respon, senyaap je. Dah besa ni Alhamdulillah takde aksi2 guling2 dah. Kalau ms "terrible two" dulu mmg meraung & tak mkn pujuk la kalau tak berkenan di hati.

Ahad tu mcm dreams come true la sbb takyah msk..he..he... Pg2 mmg dah msk nsk sbb abe ckp awl2 nak kua kul 9.30 tp dia offer nak beli nsk belauk sambil beli srt kabar. Aku apalagi setujuu ajer. Tu agaknya 1st time ke dia beli breakfast..heh..he..sbb dia lebih suka mknn kat umah je walaupun sekadar telur goreng. Kalau time psr mlm selalu jgk dia beli nasik tu kalau aku mls msk.

Kat tesco tu beli aiskrim 1 tupperware bsr. Ni sbb teliur tgk eskrim kat blog sape ntah. Dah lupa duk hop blog. Abe suh tuka amik yg kecit sket, habih ke dia tanya. Aku takmo tuka, habiih aku jwb…ekeke…dah lama tak mkn eskrim. Sampai mkn eksrim tak tentu masa. Seawal 5.30 pg dah pekena eskrim. Blk keje mkn eskrim,mlm eskrim. Kalah Hakimi..he..he..

Ptg lak sempat tdo lg. Mls sgt2 nak ke dapur. Dah dkt kul 6 dgr abe dah ketung ketang kat dapur. Yes! abe msk..mek suker..ekekeke..ingat nak kecek2 la teringin nak rasa air tgn abe tp lum ckp lg dah msk. Kira orait sgt lah kan ;) Menunya hati ayam goreng, telur goreng special (taruk budu ;)) & ulam carrot.

Smlm mesyuarat penyelarasan audit. Dr kul 9pg-5.45 ptg. Hangat jgk perbincangan atr auditor & auditee. Sakit pinggang jgk khusyuk kat kerusi dgr pembentangan nih. Beh jgk dpt mkn free 1 hr..he..he..kebtln ada staf belanja jgk sbb dia dpt duit dr Anugerah Pekerja Cemerlang tu. So boleh bwk blk utk dinner. Hakimi suka sgtla dpt air batu. Tak habih2 muji sdp air tu.

Abe lak blk lambat mlm td sbb ke kelana jaya jumpa mak sedara & sepupu dia dr kelate nak g haji. Dr opis terus g sana. Sedih jgk tak dpt join, wakil kat dia je. Aku suka sgt jumpa org nak g/blk haji ni. Bersyukur & beruntung dorang sbb terpilih utk sempurnakan rukun sbg seorang muslim ni kan. Doa2 aku & abe dpt ke sana seblm usia senja. Amiiin. Kalau tgk rancangan jemputan umrah kat astro oasis tu aku tangkap leleh sokmo esp. masa dia cerita bab ziarah Rasulullah & dpn ka’bah tu. Mak sedara & sepupu abet u katanya blk hjg bln 12 nanti kena hr minggu, insyaAllah kami sekeluarga akn jumpa dorang kat kelana jaya lg.

Pg ni lak br g checkup. Alaa..dr nak scan bln dpn. Takleh la nak tau bboy/girl ;) Alhamdulillah urine test & blood test, blood pressure sume ok Cuma berat naik 1kg jer. Rasa cam keje aku asik mkn je. Dr suh mkn bitamin sokmo, takut bb kecit plok…huhuhu..Kali ni mmg krg minum susu. Bitamin & ubt homopati tu on off jgk. Asik telupa je. Siyan bb..Ummi kena berubah nih.

Oklah nak sambung katalog tesis lak…huhuhu…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...