Saturday, October 16, 2010

Adnin @ Playgroup 2& 3

9 Oktober
Start minggu ni abg Hakimi kena ikut adik Adnin ke 'sekolah'. Abe keje tiap-tiap hari Sabtu bulan ni,cover nak cuti raya haji bulan depan.

Kali ke 2 ni Adnin ok sikit, takdelah melekat kat ummi je. Dah nak duduk/berdiri on her spot. Dah nak tiru gaya-gaya yang teacher & kawan-kawan buat.

Aktiviti macam biasa :
- mula dengan doa belajar, good morning song dan lagu-lagu lain
- belajar tentang body, aktiviti ramai-ramai warnakan anggota badan kat kertas mahjong. sampai koyak-koyak kertasnya
- aktiviti dengan bean bag, mengenal texture & imbangan badan
- nyanyi lagu alif ba ta
- baca buku & nyanyi ABCD

Dekat nak habis je Adnin nangis sebab tak puas hati tak dapat selongkar barang-barang dalam bilik tu. Kelas habis dekat pukul 2 sebab last session kan. Kalau ada kelas lagi lepas tu biasanya habis sharp 1 jam.

16 Oktober
Playgroup sesi ke-3. abang Hakimi seronok nak teman baby. Mula kelas Adnin dah ikut tadah tangan untuk baca fatihah & doa belajar.

- Aktiviti dengan stick - bunyi-bunyian & membentuk alat muzik & relate dengan anggota badan
- mewarna shapes mata, hidung, mulut & topi untuk tampal pada belon
- main belon

Adnin dah mula nak buat sendiri aktiviti dengan alat-alat. Taknak ummi pegang. Cuma gerakan badan je tak nak ikut sangat masa nyanyi-nyanyi tu. seronok dia main belon. ummi lak tak reti tiup belon, nak semput dibuatnya. Sib baik abg hakimi yg ajar cara tiup..ekeke..biasa abah je tukang tiup belon. Kali ni sempat habis betul-betul. Dapat tampal sticker kat tangan :)

Tapi masuk kereta dah meraung. Nak susu & ngantuk gamaknya. Hari ni pukul 2 baru habis. Abah dah sampai rumah dulu.

2 comments:

DLSJ Sahrul (nbk466) said...

Wah...bunyi macam cuti sakan jerk Raya Haji nie Pn Nik.. ; )

Nik Ha said...

Terima kasih sui jenguk blog saya ni lagi Tn NBK :) Biasala oghe kelate raya haji meriah, keno cuti lama..he..he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...