Tuesday, November 26, 2013

Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan (KIM)

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Koleksi peribadi

Logo terdahulu
Kump. Ibu2 Menyusukan (KIM) adalah sebuah kumpulan sokongan penyusuan SUSU IBU yang bergiat aktif melalui online FB Group :https://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/

KIM juga mempunyai blog : http://kimsusuibu.blogspot.com/,
namun medium yang aktif adalah melalui FB group.

KIM ditubuhkan pada Jun 2010 oleh Puan Tini Wirdas. Pada awal penubuhan KIM, ianya dianggotai oleh sekumpulan ibu menyusukan terdiri daripada rakan dan kenalan laman muka buku. Dari masa ke semasa, kumpulan ini mengambil pendekatan untuk sama-sama melebarkan usaha mengangkat dan membudayakan penyusuan susu ibu.

KIM mempunyai 4 orang Pentadbir kumpulan dan bergiat secara aktif untuk mengumpul serta menyebarkan info mengenai aktiviti penggalakan penyusuan susu ibu di Malaysia :

Fentty Kartini Binti Hamzani (Tini Wirdas) (PC MBfPC)

Nik Zaleha Bt. Nik Mustapha (Nik Ha) (PC MBfPC)

Norhasliza Muhamad Noor (Mummycare Liza) (PC MBfPC)
Noor Hasyimah Binti Idris

KIM menyediakan ruangan pertanyaan mengenai penyusuan susu ibu serta mengumpul nota mengenainya untuk dikongsikan kepada ahli sebagai rujukan dan panduan. Ahli KIM digalakkan untuk menghadiri pelbagai aktiviti penggalakan penyusuan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu.

Ahli KIM setakat ini adalah seramai lebih 52, 942 ribu orang (pada Januari 2017).

Moms@KIM Gathering

Kebanyakan info dalam kumpulan ini adalah berdasarkan pengalaman ibu-ibu sendiri dan perkongsian dari Pembimbing Ibu Menyusu. Setiap ibu dan anak mempunyai pengalaman dan tahap penerimaan yang berbeza. Untuk maklumat yang lebih terperinci  atau kes-kes tertentu, ibu-ibu digalakkan untuk berhubung terus dengan doktor yang menyokong penyusuan susu ibu, Kaunselor Laktasi (LC) dan Pembimbing Ibu Menyusu (PC) dari Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC).

Kumpulan ini adalah salah satu wadah untuk semua yang menyokong penyusuan susu ibu berkongsi maklumat dan pendapat. Segala maklumat adalah berdasarkan pendapat/pengalaman individu yang boleh dijadikan inspirasi bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan anak selama 2 tahun.


Antara aktiviti yang pernah dijalankan adalah:
- Perjumpaan santai Moms@KIM Gathering
- Bengkel/seminar penyusuan susu ibu
- Sebarang aktiviti yang berkaitan seperti Breastfeeding Flashmob, sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu
- Promosi melalui KIM merchandise

Sumber: Pentadbir KIM

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

Sharing with ♥

Like | Share


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...