Saturday, November 30, 2013

Memulakan Relaktasi

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google 

Sebelum memulakan relaktasi ibu perlu jelas mengapa ibu ingin melakukan relaktasi?

Ingin anak terus mendapat khasiat susu ibu?
Ingin mendapat bonding melalui penyusuan secara terus (direct breastfeeding)?
Ingin membetulkan kesilapan teknik penyusuan?
Ingin memulakan kembali penyusuan dengan ilmu yang betul?
Ingin mencuba kerana ada dorongan dari suami, rakan-rakan?

Apabila ibu menjawab: Ya, saya ingin melakukannya dan memberi 200% tekad dan usaha saya,
maka ibu boleh menghubungi mana-mana Kaunselor Laktasi untuk memberi panduan yang betul di samping membaca banyak rujukan dari buku dan blog/web Kaunselor/Konsultan Laktasi Bertauliah. Blog ibu-ibu yang sudah berjaya melakukan relaktasi juga boleh dirujuk sebagai memberi inspirasi.

Picture credit : indulgy.com

Apakah yang ibu-ibu perlukan untuk memulakan relaktasi? Baca di sini

Menurut Dr. Jack Newman, penyelidik terkemuka dalam bidang penyusuan susu ibu, faktor kejayaan relaktasi banyak bergantung pada:

1. Pengeluaran susu sebelum penyusuan terhenti.
2. Tempoh penyusuan yang telah terhenti.
3. Tempoh bayi menyusu sebelum penyusuan terhenti.
4. Tekad dan usaha ibu.



Faktor 1: Pengeluaran susu sebelum penyusuan terhenti.
Ibu perlu mengenal pasti adakah mereka benar-benar mengalami kekurangan susu sehingga terpaksa menggantikan susu ibu dengan susu tiruan/alternatif. Kajian dan pemerhatian mendapati, kebanyakan ibu hanya merasa kurang susu tetapi sebenarnya tidak. Ia hanya berpunca dari kesilapan teknik penyusuan sehingga menyebabkan pengeluaran susu terganggu.

Faktor 2. Tempoh penyusuan yang telah terhenti.
Secara kebiasaannya, semakin lama bayi tidak lagi menyusu, semakin lama masa diambil untuk membolehkan mereka menyusu kembali.

Namun ada kisah-kisah bayi yang dapat menyusu kembali walaupun mereka tidak menyusu dalam tempoh yang agak lama, contohnya 4 bulan.

Faktor 3. Tempoh bayi menyusu sebelum penyusuan terhenti.
Secara umumnya, lebih lama tempoh bayi menyusu, semakin mudah untuk membolehkan dia menyusu kembali walaupun telah terhenti dalam jangkamasa tertentu.

Contohnya, bayi yang sempat menyusu sehingga 4 bulan lebih mudah untuk kembali menyusu berbanding bayi yang hanya sempat menyusu selama 1 bulan.

Namun faktor ini juga bergantung pada karakter bayi. Biarkan bayi memilih sendiri bila dia ingin kembali menyusu. Ibu hanya perlu melatih dan bukan memaksa bayi. Berikan masa untuk ibu dan bayi melalui proses ini dengan tenang dan yakin.

4. Tekad dan usaha ibu.
Kebanyakan kes yang berjaya adalah berpunca dari sikap ibu yang tidak kenal erti putus asa dan penat. Mereka amat positif dan yakin usaha mereka akan berjaya.
"Determination and refusal to give up easily are the keys"

Baca mengenai relaktasi di sini > Relaktasi


Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...