Saturday, March 8, 2014

Panduan menyusukan bayi dalam kapal terbang

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Hari ini kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang sedang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sejak mengikuti berita mengenainya dari FB suami (semasa menghadiri mesyuarat eWA pagi - tengahari), perasaan bercampur-baur antara sedih, bimbang, berdebar-debar walaupun bukan keluarga terdekat penumpang. Mungkin kerana ada rakan-rakan FB saya yang menyatakan kawan-kawan mereka ada terlibat. Kita sama-sama berdoa agar Allah permudahkan segalanya.

Juga mendoakan ketabahan dan kecekalan buat semua keluarga krew dan penumpang yang terlibat. Senarai krew dan penumpang di sini 


Semasa menyusukan anak dahulu, saya pernah menaiki kapal terbang ketika pulang ke kampung. Sebelum bertolak balik, seperti biasa perlu buat persediaan, cari informasi mengenai tip menyusukan bayi dalam kapal terbang. Tambahan pula itu kali pertama si kecil naik kapal terbang :D

Apa yang saya baca, kita digalakkan menyusukan bayi semasa pesawat hendak berlepas dan mendarat untuk mengurangkan rasa kurang selesa pada telinga bayi. Adnin menangis agak kuat semasa pesawat hendak berlepas, mungkin dia takut dengan bunyi enjin dan gerakan yang agak kuat. Puas juga memujuk dia untuk menyusu. Alhamdulillah beberapa minit selepas pesawat di udara dia sudah mahu menyusu dan tidur di sepanjang penerbangan.

Berikut saya kongsikan tip untuk ibu-ibu menyusu semasa dalam kapal terbang:

1. Kenal pasti jika ada polisi khas dari syarikat penerbangan tentang penyusuan susu ibu
2. Ketahui hak kita sebagai ibu menyusu
3. Pilih tempat duduk yang selesa 
4. Bawa bersama alat yang dapat membantu menenangkan bayi seperti bantal kecil, mainan dll.
5. Pakai pakaian yang memudahkan untuk menyusukan bayi dan mengelakkan ketidakselesaan jika ada penumpang lain yang memandang.

Source : www.iamamess.com
 

Sharing with ♥




Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...