Saturday, January 31, 2015

Tip masak cara mudah dan cepat

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Hari ini hari terakhir kita di bulan Januari. Didoakan impian/perubahan baru ibu-ibu telah tercapai pada bulan ini.

Setelah sebulan di tahun 2015 ini, saya perlu susun semula pengurusan rumah terutama memasak. Memasuki pertambahan usia, bertambah pula isu kesihatan ini sehingga saya bercadang membeli kerusi tinggi untuk masak atau basuh pinggan sambil duduk.

Tangguh lagi tu hajat ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh bila diingat tempoh menunggu yang lama. Mungkin juga saya ini fobia hospital? ☺

Minggu lepas saya rasa sungguh letih, sakit jiwa raga. Sungguh saya rasa hendak baring sahaja bila balik kerja. Anak-anak pula sudah lapar sangat bila sampai rumah. Jadi setiap petang saya beli sahaja untuk makan malam.

Kebetulan ada warung baru berdekatan rumah. Suami pun balik agak lewat untuk dia tolong masak. Dia rajin juga ke dapur bila saya lambat memasak dan nampak mood lain macam tu …he…he.

Post di group Moms Without Maid Club
Pesanan ibu-ibu, rakan FB saya:
"Kadang2 chef pun need a break"
"Tak kisah apa orang nak cakap..tapi kita suami isteri lebih paham apa yang kita lalui"
"Sayangi diri sendiri dulu"
"Jangan rasa bersalah kalau kita tak dapat masak"

Suka pula dengar lagu Superwoman - Karyn White ;)
"I am not your superwomen
I am only a human
"


Apa yang saya kongsikan ini mungkin bukan benda yang baru bagi semua ibu. Saya masih belajar dari ibu-ibu yang rajin memasak melalui blog dan FB mereka. Seboleh mungkin saya mencari persamaan dengan mereka contohnya:
- bekerja
- tiada pembantu rumah
- suka masak cara mudah dan cepat
- ada isu kesihatan
- usia

Tip ini boleh disesuaikan dengan situasi semasa ibu. Rutin ibu beranak kecil dan menyusu adalah berbeza dengan ibu yang anak sudah besar, rutin ibu beranak ramai tidak sama dengan ibu beranak seorang dua, rutin ibu suka memasak pasti berlainan dengan rutin ibu yang tidak suka memasak. 

Tempoh masa berehat dari memasak adalah tempoh untuk mencari semangat dan menemukan semula KENAPA saya perlu memasak? Memasak dipandang penting kerana ia berkaitan makanan yang akan menjadi darah daging kita, air tangan isteri / ibu, dikatakan mampu memikat/”mengikat” suami dan anak-anak.

Pada saya ia salah satu kemahiran yang menjadi bonus untuk setiap ibu dan isteri. Sentap juga sedikit bila ada yang mengatakan ibu malas bila tidak memasak. Namun, kita lebih tahu keadaan diri dan keluarga kita. Kita yang membuat pilihan dan menyusun atur rutin seharian mengikut keperluan dan kemampuan.

Berikut saya kongsikan tip yang kami amalkan:

1. Beli stok lauk basah untuk seminggu.
Ini tugas suami saya.
Ayam terus di potong dan ikan (yang besar) terus di siang oleh penjual.
Sampai di rumah terus basuh sahaja.

Stok lauk basah yang telah dibersihkan / yang telah direbus

2. Rebus ayam dan ikan
Ini bagi mempercepatkan proses memasak.
Air rebusan ayam boleh dijadikan stok untuk sup sayur, mihun sup dan pelbagai menu lain.


Rebusan ayam

Stok air rebusan ayam
3. Sediakan stok siap kisar untuk menumis.
Kisar bawang putih dan bawang merah.
Untuk cili, suami beli cili siap kisar dari kedai sahaja.
Boleh terus tumis untuk stok ayam/ikan masak merah, sambal nasi lemak. Menu kegemaran anakanda putera.

Bawang putih, bawang merah dan cili kisar yang telah ditumis
4. Potong sayur terus dalam jumlah yang banyak.
Sayur dipotong setelah direndam sebentar dalam air garam untuk hilangkan kesan racun serangga.
Kadang-kadang potong sambil masuk dalam periuk/kuali je :)

5. Sediakan menu untuk seminggu.
Ini pernah saya buat semasa anak mahu makan pagi tetapi sekarang menu berubah mengikut citarasa dia.
Jadi setiap hari tanya dia dulu apa yang nak dimakan.
Suami ikut sahaja apa yang yang saya masak.
Selalunya dia akan masak sendiri lauk tambahan/sayur.

6. Sediakan stok mengikut portion yang hendak di masak.

Ini khusus untuk lauk basah yang dibekukan supaya mudah untuk dimasak semuanya. Tidak perlu masukkan ke freezer kembali jika tidak habis dimasak.

7. Perap lauk basah mengikut portion yang hendak di masak.
Contohnya: ayam diperap dengan kicap, sos tiram dan bawang, garam kunyit untuk ikan dan daging. Tetapi tidak dibiar lama kerana rasa masin akan meresap. Ia sesuai untuk sehari dua. Jika letak di chiller, ikan dan daging akan sedikit membeku dan rasa kurang enak.

8. Bekukan lebihan lauk.

9. Guna oven / pengukus.
Suami ada beli alat yang boleh terus defrost dan masak, tidak perlu tunggu defrost di luar sebelum masuk dalam oven untuk dimasak.

10. Menu yang ringkas tetapi ada gabungan kuah, lauk dan sayur.
Contohnya tomyam, paprik.

Berikut tip tambahan yang saya baca di blog. Boleh cuba juga ni :)
  • Guna gunting untuk potong sayur dan ikan
  • Guna periuk yang boleh masak dan terus hidang (cth: Corning ware)
  • Simpan sayur dalam aluminium foil untuk kekalkan kesegaran ikut portion menu yang ingin dimasak.
  • Label bekas ikut menu yang hendak dimasak.
  • Masak 2 kali ganda dan bekukan menu untuk seminggu.
  • Guna slow cooker

Saya akan kemaskini lagi selepas menuntut dengan rakan sekerja yang masak selama 5-10 minit je. I like ;)

Jemput baca blog ibu-ibu ini juga ya: 
Tips memasak cepat buat ibu super sibuk!
Tips memasak cepat untuk wanita super-sibuk 
7 strategi memasak dengan cepat dan sihat


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?

Klik di sini >>> ClothDNZ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...