Wednesday, August 26, 2015

Kemudahan penyusuan susu ibu di tempat awam tidak mencukupi?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

"Pihak berkaitan perlu mempertimbangkan untuk mewujudkan lebih ba­nyak kemudahan penyusuan susu ibu di tempat awam bagi memberi keselesaan kepada para ibu, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor".

Semalam berlangsungnya Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2015 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya. MBfPCA mendapat jemputan untuk turut serta tapi saya tidak dapat hadir bersama rakan-rakan kerana tuntutan kerja :( Didoakan ada rezeki di tahun lain pula. Amin.

Kepada ibu-ibu yang ingin mengikuti ucapan perasmian oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bolehlah ke link https://youtu.be/-NJxJnrIAvE

Hakikatnya masih ramai ibu-ibu yang bergelut dengan isu majikan tidak menyokong penyusuan susu ibu, persekitaran kerja tidak sesuai dan bebanan tugas yang tidak fleksibel untuk ibu menyusu.

Faktor-faktor ini menjadi antara punca ibu terpaksa berhenti menyusukan anak dengan susu ibu atau meninggalkan kerjaya.

Berkenaan kemudahan awam seperti Bilik Menyusu pula, kita akan lihat sejauhmana pelaksanaannya selepas ucapan isteri Perdana Menteri ini.

Saya teringat KL Breastfeeding Flash Mob 2012 di KLCC. Ia rentetan kisah ibu yang "dihalau" oleh pegawai keselamatan kerana menyusu di ruang terbuka bukan di Bilik Menyusu. Bayangkan, wajarkah jika ibu berada di taman KLCC dan anak mahu menyusu, maka ibu perlu bergegas ke beberapa tingkat untuk mencari Bilik M
enyusu?

Itu belum lagi kisah Bilik Menyusu penuh dan disalah guna (bapa dan semua ahli keluarga pun turut masuk, pencuci lepak dll.).

Setelah 3 tahun, saya tidak pasti adakah KLCC telah menambah bilangan Bilik Menyusu di setiap aras mahupun di ruang terbuka (taman).





Sharing with ♥



 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261


 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>>ClothDNZ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...