Sunday, November 29, 2015

Anak tidak mahu menyusu "direct"

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google


Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Saya mendapat mesej dari seorang ibu yang menyatakan hasratnya untuk menyusukan anak sepenuhnya. Sebelum ini anak sudah minum susu formula dan tidak mahu menyusu terus di payudara ibu.

Penggunaan botol yang terlalu awal pada bayi memungkinkan terjadinya nipple confuse=keliru puting. Apatah lagi jika diberi susu formula, maka bayi akan mula menolak susu ibu.

Jadi, apa yang ibu boleh buat?
Ada 2 pilihan untuk ibu, samaada mahu berusaha untuk bayi menyusu direct atau terus memerah susu sahaja (exclusive pumping). Bagi ibu bekerja, tentulah mahu kedua-duanya: menyusu direct di rumah dan memerah susu bila keluar bekerja.

Anak pertama saya mengalami keliru puting setelah seminggu saya bekerja. Kurangnya ilmu tentang skin to skin dan teknik lain pada masa itu, membuatkan penyusuan susu ibu terhenti. Sedih sangat.

Untuk adiknya, saya berazam untuk berusaha sehabis kemampuan agar berjaya menyusukan sehingga 2 tahun. Setelah seminggu di taska, adiknya juga menunjukkan tanda-tanda keliru puting apabila mahu menyusu dengan botol walaupun di rumah. Saya pujuk juga dia menyusu direct walaupun dia nampak tak puas dan menangis. Waktu balik bekerja memang diluangkan untuk dia sahaja (bonding). Syukurlah abahnya memahami dengan membantu memasak untuk makan malam atau beli makanan di kedai.

Apa yang saya tahu, ada bayi yang sensitif dengan bau. Ibu tidak digalakkan menukar sabun atau minyak wangi yang digunakan sejak bayi lahir lagi. Jadi saya memang tidak menukar sabun dan minyak wangi yang digunakan.

Melalui pengalaman Puan Zuain, (Kaunselor Laktasi) yang dikongsikan dalam buku 4 rahsia penyusuan ibu bekerjaya, beliau mengambil masa 1 bulan untuk melatih bayinya menyusu terus dari payudara semula. Teknik yang beliau gunakan adalah :

- Skin to skin (sentuhan kulit ke kulit)

[Source]
Caranya, bayi hanya memakai lampin dan diletakkan di atas dada ibu. Ibu boleh memakai baju yang besar dan selimutkan bayi.

- Wujudkan suasana yang tenang dan sunyi bersama bayi
Ibu dan bayi berada dalam bilik yang selesa dan tenang tanpa gangguan bunyi
 
- Pastikan bayi tidak terlalu lapar dan tidak terlalu kenyang
- Berkomunikasi dengan bayi
- Luangkan masa 1jam setiap hari untuk bonding dengan bayi
- Menggunakan nipple shield selama 3 minggu

InsyaAllah saya tambah lagi huraian pada poin di atas.



Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...